Salam. Posting hari ini mahu meluahkan keluhan
hati. Sejak kecil lagi saya telah tertanya-tanya bagaimana munculnya bangsa
yang dinamakan sebagai Melayu ini. Pernah suatu ketika, seingat saya semasa
saya masih bersekolah rendah ,saya pernah bertanya kepada ayah saya, “ abah,
orang Melayu ni datangnye dari mana abah”…ayah saya terdiam seketika dan
kemudian dia menjawab “ dari sinilah”. Saya masih tidak berpuas hati dengan
jawapan yang diberikannya lalu saya bertanya lagi…” habistu takkan orang Melayu
tiba-tiba je datang abah? mana mula asal kita datang bah”…ayah saya terdiam
lagi dan tak lama kemudian dia menjawab “ semua orang semenanjung ni pada
asalnya datang dari Indonesia, datang berpindah ke sini lama dulu”. Saya
tergamam dan berfikir sejenak ketika itu. “ habistu abah, orang Inusha (
panggilan saya dan adik saya terhadap orang indonesia dengan pelat) tu datang
dari mana bah”. Soalan terakhir ini hanya dijawab dengan sedikit gelak dari
ayah dan ibu saya, yang menandakan bahawa mereka tidak tahu menjawabnya…namun
saya tidak dapat ingat apa jawapan yang diberi ayah saya letika itu.
Persoalan ini terus bermain dalam
benak fikiran saya sehinggalah hari ini, dan persoalan ini jugalah yang telah
menyebabkan saya memilih bidang sejarah untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti. Ya.. bidang ini terlalu banyak prejudisnya terutama dikalangan
orang Melayu. Apabila saya menyuarakan hajat saya untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang sejarah , soalan pertama yang ditanya ialah “ apa kerja
nanti…nanti jadi apa ye…cikgu ke? Cikgu jela kot” Ada juga yang senyum sinis
dan mengatakan “ kerja gali-gali tanah macam Indiana Jones ke hehe”. Malahan
guru-guru saya sendiri berasa pelik mengapa saya mahu mengambil bidang sejarah
tulin dan bukan bidang sejarah pendidikan kerana menurut mereka susah nak dapat
kerja.
Ya, saya akui, bidang ini bukanlah
bidang yang popular dikalangan pemodal-pemodal korporat mahupun jabatan
kerajaan di negara ini. Bidang ini dianggap remeh dan kurang penting! Jika di
Amerika dan Britain bidang ini adalah diantara bidang yang paling berprestij di
universiti-universiti awam dan swasta. Sayangnya tidak disini, di negaraku yang
permai dan bertuah ini. Pemimpin dan rakyatnya sama-sama buta sejarah atau
sengaja membutakan diri untuk tidak belajar dari sejarah.
Namun tidak guna saya mengeluh, kerana
untuk mengubah pesepsi masyarakat yang telah di brain wash sejak seratus tahun
dahulu adalah amat sukar dan memerlukan usaha yang berterusan. Masyarakat
Melayu di Malaysia terutamanya telah mengalami inferioriti komplex yang amat
teruk sejak awal abad ke 20. Mereka merasakan diri mereka hina dan tidak
setanding dengan bangsa-bangsa barat. Namun ini semua bukan salah mereka
sendiri. Mereka telah didogmakan dengan pelbagai fahaman barat yang meresap
masuk dalam jiwa melalui sistem pendidikan barat. Mereka hilang jati diri.
Malahan sejarah mereka sendiri dituluis oleh orang barat. Usaha Tun Mahathir
untuk cuba menaikkan semangat bangsa Melayu dengan tulisan beliau, The Malay
Dilema juga tidak berjaya memecahkah inferioriti komplex tersebut. Malahan ada
pihak yang menyatakan bvahawa tulisan beliau ini menjunamkan lagi semangat
bangsa Melayu.
Bayangkanlah unsur-unsur negatif
yang boleh dan telah dimasukkan oleh para sarjana barat ini dalam penulisan
sejarah masayarakat tempatan. Sejarah Melayu itu sendiri di terjemah di kaji
dan di selidiki dengan panjang lebar oleh R.O Winsted yang juga salah seorang
daripada hamba illuminati dan ahli Masonic. Oleh sebab itulah ada pihak yang
cuba mengatakan bahawa Teks Sejarah Melayu itu adalah sebuah fabrikasi dan
bukan teks asal yang ditulis Tun Sri Lanang. Wallah hu a’lam. Namun yang
pastinya golongan masonic illuminati ini sebenarnya telah lama bertapak di
semenanjung tanah Melayu ini. Dan berkemungkinan besar sejarah negara ini juga
adalah hasil daripada fabrikasi yang direncanakan oleh THH.
Bagi saya mudah sahaja untuk
menaikkan semangat bangsa Melayu ini. Rahsianya ialah dengan kita kembali
semula kepada SEJARAH…ya , SEJARAH. Tidak adal jalan lain lagi untuk kita
lakukan melainkan kita bangkitkan semula sejarah bangsa yang hilang ataupun
cuba disorok oleh pihak-pihak tertentu. Kita bangunkan semula jabatan-jabatan
sejarah ( bukannya hapuskan jabatan sejarah dan camtumkannya dengan jabatan
lain macam sebuah universiti awam disini). Kita lengkapkan dan perkemaskan
semula buku-buku teks sejarah di sekolah rendah dan menengah dan saya rasa
patut diadakan matapelajaran sejarah sejak tadika lagi kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Sebagai permulaan, saya rasa kita
harus menyediakan lebih maklumat mengenai sejarah Kerajaan Agung Melayu
Srivijaya. Saya lihat buku-buku teks sekolah menengah yang ada sekarang tidak
memberikan maklumat yang tepat dan terperinci mengenai Kerajaan Agung ini.
Malahan seingat saya, semasa saya bersekolah dahulu tidak sampai 3 mukasurat
dalam buku teks sejarah yang membicarakan mengenai Kerajaan Srivijaya. Malahan
semakin lama semakin sedikit maklumat mengenai kerajaan ini setelah beberapa
kali buku teks sejarah KBSM disemak semula. Menurut ibu dan bapa saya, semasa
mereka bersekolah dahulu, mereka bukan sahaja perlu mempelajari mengenai
Kerajaan Srivijaya malahan Kerajaan-kerajaan Melayu purba yang lain di Seluruh
Nusantara. Saya rasa ada pihak yang sengaja mahu melenyapkan maklumat mengenai
kegemilangan bangsa Melayu silam.
Mereka tidak mahu anak Melayu bangkit
menongkah arus sekular illuminati dan kembali kepada jati diri Melayu Islam
Beraja yang akan menggagalkan rancangan mereka untuk perang akhir zaman! Boleh
jadi juga ini adalah hasil daripada tekanan pihak tertentu yang mahu Sejarah
Srivijaya tidak disebut-sebut di Malaysia kerana ia dikatakan sebagai sejarah
Indonesia dan bukan sejarah Malaysia. Mereka cuba mendogmakan generasi akan
datang yang disebut sebagai generasi SATU MALAYSIA bahawa Srivijaya adalah
Kerajaan Hindu di Indonesia dan tidak ada kaitan dengan Malaysia sama sekali.
Menurut golongan ini, sejarah Malaysia bermula hanya di Melaka! Subhanallah,
sungguh dalam gerakan THH dalam merosakkan bangsa-bangsa dunia yang dianggap mereka
sebagai Goyyim ini. Semoga Allah S.W.T memusnahkan mereka dan sekutu-sekutu
mereka dengan azab yang dasyat. Sekian. wallah hua’lam.
by Alter Terahsia Bangsa Melayu....
No comments:
Post a Comment