Siapa kata orang Melayu
tiada tulisan ciptaan bangsa mereka sendiri? Sebelum tulisan Rumi digunakan
dalam persuratan bahasa Melayu, orang-orang Melayu pernah menggunakan
sekurang-kurangnya empat jenis tulisan iaitu Rencong, Kawi, Palava dan Jawi.
Antara keempat-empat tulisan tersebut, hanya tulisan Rencong sahaja yang
dikenalpasti sebagai tulisan Melayu yang asli. Tetapi sayang, tulisan Rencong,
Kawi dan Palava telah lama pupus manakala Jawi pula dalam keadaan nyawa-nyawa
ikan.
SEJARAH AKSARA RENCONG
![]() |
Aksara Rencong telah digunakan dalam
persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke
Kepulauan Melayu).
|
‘Aksara Rencong’ ialah
huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba
dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba. 'Rencong' adalah perkataan Melayu
yang bererti 'serong' dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang
serong. Aksara Rencong didapati telah wujud lebih awal daripada aksara Jawa
Kuno (tulisan Kawi). Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan
dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad keenam masihi iaitu ketika
zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera.
![]() |
Penggunaan tiub buluh dalam aksara
Rencong...
|
Walaubagaimanapun, tulisan Rencong
dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ketiga masihi lagi. Aksara ini
dicipta oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting,
potongan kayu dan bentuk aliran sungai. Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai
pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota
Kapur, Bangka Barat, Sumatera, Indonesia. Selain Rencong, aksara Kawi dan
Palava (kedua-duanya dari India) juga pernah digunakan dalam persuratan Bahasa
Melayu Kuno. Namun begitu, aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang
dicipta oleh orang Melayu tanpa pengaruh dari luar Nusantara atau Alam Melayu.
Dengan menggunakan huruf-huruf Rencong, Kawi dan Palava, orang-orang Melayu
Purba dan Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kulit binatang,
daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan juga pada batu-bata (termasuk
batu bersurat).
![]() |
Tiub buluh yang ditanggalkan untuk
penulisan Rencong.
|
Setelah penyebaran
Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik cuba untuk terus
menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam.
Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam
bunyi perkataan-perkataan baru dari al-Quran dan hadis secara tepat. Daripada
mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava,
orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk mengabaikan terus
ketiga-tiga tulisan tersebut. Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik cuba
mengeksperimennya ke atas huruf-huruf Arab dengan mengejanya dalam bahasa
Melayu. Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan
beberapa huruf tambahan dan digunapakai dalam sistem persuratan Bahasa Melayu
Klasik. Walaubagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan di Minangkabau dan
Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang), kekal hingga kurun ke-18
iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.
Tulisan Jawi mengambil alih peranan sebagai sistem penulisan Bahasa Melayu Klasik selepas kedatangan Islam di Kepulauan Melayu.
No comments:
Post a Comment