Apabila
disebut sahaja mengenai Tujuh keajaiban Dunia, pasti ramai diantara kita yang
akan membayangkan mengenai Tembok Besar China, Taj Mahal dan Piramid. Namun
apakah kita sedar bahawa kesemua monumen atau binaan ini bukan sahaja ajaib
atau hebat di mata kita, tetapi ia sebenarnya merupakan salah satu lambang
kehebatan dan kemegahan sesuatu tamadun itu. Binaan-binaan ini juga membezakan
satu tamadun dengan tamadun yang lain.
Selain
dari Tujuh Keajaiban Dunia yang terdapat pada masa kini, terdapat banyak lagi binaan
atau monumen yang terdapat di seluruh pelusuk dunia ini yang masih lagi belum
diketahui ramai orang. Antaranya:
1. Banaue Rice Terraces
di Filipina
Banaue Rice Terraces merupakan sawah irrigasi kuno
yang terletak di Filipina. Berusia 2000 tahun, sawah ini dibina
bertingkat-tingkat di Gunung Ifugo. Sawah ini berada pada ketinggian 1500 meter
dari paras laut dan mengelilingi lereng gunung sejauh 10360 kilometer persegi.
Sumber air untuk mengairi sawah itu juga dperoleh dari kawasan hutan di atas
gunung tersebut. Sehingga hari ini, penduduk di sekitar gunung tersebut masih
lagi bercucuk tanam di lereng gunung tersebut. Sawah tersebut dianggap luar
biasa disebabkan kedudukannya yang berada di kawasan gunung berbeza dengan kawasan
tanaman yang selalunya berada di lembah-lembah sungai.
2.
.Sigiriya di Sri
Langka
Ia merupakan sisa-sisa peninggalan istana kuno
yang terletak di atas bukit batu. Ia juga dipanggil Batu Singa.Terletak di
Matale District, Sri Lanka, dikelilingi hutan, waduk, juga kebun. Sigiriya
dibina pada masa pemerintahan Raja Kassapa 1 yang memerintah dari 477-495 AD.
Kedudukan yang menarik sekiranya dilihat dari atas menjadi tarikan pengunjung.
3. Tower of Hercules di Sepanyol
Menara Hercules merupakan mercu tanda Tamadun
Rom yang masih kekal sehingga kini. Terletak di semanjung, 2.4 kilometer dari
pusat Corunna, Galicia, barat laut Sepanyol. Tinngi menara ini ialah 55 meter
menghadap pantai Atlantik Utara, Sepanyol. Usianya dianggarkan mencapai 1900
tahun dan masih berfungsi sehingga kini.
4. Toru, Kota Kuno di
Polandia Utara
Kota Toru dikatakan sudah ada sejak tahun 1100
sebelum masihi lagi. Kota tersebut dibangukan oleh pemerintah pada waktu
tersebut dan berkembang menjadi pusat perdagangan penting pada abad
pertengahan.
5. Menara Condong Pisa
Menara Pisa (La Torre
di Pisa) merupakan menara loceng. Menara ini terletak di sebalik gereja besar
dan merupakan struktur ketiga yang dibina di Piazza del Duomo ("Dataran
Gereja") di Pisa.Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun
menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan
pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan
asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya.
6. Ajanta Caves di India
Gua Ajanta di Maharashta ini mempunyai lukisan-lukisan patung
Buddha yang mempunyai seni yang tinggi. Ianya dibina mulai abad ke 2 BC. Namun
gua ini ditinggalkan selama 1300 tahun dan ditumbuhi semak samun hingga menjadi
hutan. Tiada siapa yang tahu kewujudannya sehinggalah seorang kapten Inggeris
memasukinya secara tidak sengaja pada tahun 1819.
7. Metéora, Bangunan di Puncak Gunung Batu Athos,
Yunani.
Binaan ini ialah kompleks biara ortodoks Timur paling besar dan
paling penting di Yunani. Binaannya dianggap unik kerana dibina di atas puncak
gunung batu. Keadaan muka bumi yang sulit untuk dilalui memerlukan kesabaran
yang tinngi. Tangga panajng dan jaring digunakan untuk mengangkut barang atau
manusia.
Merupakan peninggalan arkeologi suku Maya di Mexico yang paling
lengkap serta masih terjaga dengan baik. Menurut buku budaya suku Maya dari
Chilam Balam, kompleks candi ini dibangunkan antara tahun 502-522 Masihi. Suku
Maya hanya mendiaminya selama 200 tahun, kemudian mereka berpindah ke daerah
pantai di Campeche.
9. Colosseum Italia,
Roma
Merupakan sebuah
amphitheatre yang terletak di Rome , Itali. Nama asalny ialah “Flavian
Amphitheatre” dan dibina oleh Raja Vespasian yang kemudiannya diselesaikan oleh
anaknya Titus. Set ini mampu menampung 50000 orang penonton.
10. Tembok Besar China
Tembok batu paling
panjang yang pernah dibina oleh masyarakat dahulu kala. Panjangnya ialah 6400
kilometer. Ianya dibina bertujuan untk menghalang dari diserang oleh bangsa Monggol.
11. Machu Picchu di Peru
Machu Picchu (“Gunung
Tua” dalam bahasa Quechua; sering juga disebut “Kota Inca yang hilang”) adalah
sebuah lokasi runtuhan Inca pra-Columbus yang terletak di wilayah pegunungan
pada ketinggian sekitar 2350 m dari paras laut. Berada di atas lembah Urubamba
di Peru, sekitar 70 km barat laut Cusco. Merupakan simbol Kerajaan Inka yang
paling terkenal. Dibangun pada sekitar tahun 1450, tetapi ditinggalkan seratus
tahun kemudian, ketika bangsa Sepanyol berhasil menaklukan Kerajaan Inka.
12. kota Petra, Jordan
Petra merupakan
bangunan yang dibina hasil dari memahat gunung batu. Dibina pada tahun 9
sebelum Masihi-40 Masihi oleh Raja Aretas IV. Ianya dilengkapi system pengairan
yang rumit iaitu terowong air dan bilik air yang menyalurkan air bersih ke
kota.
Dibina diatas
keinginan raja Mughal Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal. Pembinaannya
mengambil masa selama 23 tahun (1630-1653). Arkiteknya ialah Ustaz Ahmad
mengumpulkan 20000 orang pekerja yang terdiri dari tukang batu, tukang emas,
dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Dengan bumbung, kubah dan
menara yang buat dari marmar putih, serta seni mozak yang indah. Sebanyak 43 jenis
batu permata, iaitu berlian, jed, kristal, topaz, dan nilam telah digunakan
untuk mempamerkan keindahan Taj Mahal.
14. Piramid di Giza
.Merupakan piramid
tertua dan terbesar dari tiga piramid yang ada di Nekropolis Giza. Dibangunkan sebagai
makam untuk firaun dinasti keempat Mesir, Khufu. Mengambil masa selama lebih
dari 20 tahun pada sekitar tahun 2560 SM. Tiga piramid yang lebih kecil untuk
isteri Khufu.
15. Acropolis
of Athens
Acropolis adalah
dataran tinggi berbatu setinggi 156 m, dan ada beberapa runtuhan bangunan kuno
yang dulunya adalah kuil yg menjadi pusat sejarah Athen. Mula dibangunkan pada
1300 SM. Acropolis sebenarnya sebuah kota kecil yang permai, sebelum kerajaan
Parsi menghancurkannya pada tahun 480 SM. Setahun kemudian tentera Yunani
mengalahkan Parsi dan membangunkan semula kuil-kuil itu. Antara tahun 467
sampai 404 SM, bangunan tersebut selesai dibina. Pada tahun 1834 Athen menjadi
ibu kota Yunani.
16. Alhambra di Granada, Sepanyol.
Merupakan sebuah
kompleks istana sekaligus benteng yang megah pada zaman pemerintahan khalifah
bani Ummayah yang mencakupi kawasan berbukit di kota Granada. Istana ini
dibangunkan sebagai tempat tinggal khalifah beserta para pembesarnya.
Merupakan patung Jesus
Christ yang mempunyai gaya arkitektur Art Décor terbesar yang terdapat di Rio
De Janerio, Brazil. Patung setinggi 38 meter dan terletak di puncak Gunung
Corcovado.
Kesimpulannya, kita
sebagai generasi muda haruslah mengambil inisiatif untuk mengetahui dengan
lebih lanjut lagi tentang sejarah tamadun-tamadun lama ini. Perlu kita lihat
dan kaji apakah yang dilakukan oleh masyarakat zaman dahulu untuk mengembangkan
lagi tamadun mereka agar dikenali oleh tamadun-tamadun lain selain mengambil iktibar daripada sebab-sebab keruntuhan tamadun sesuatu bangsa itu.
No comments:
Post a Comment