17 March 2012

Orang Eropah Lebih Bertamadun Dari Orang Asia (Kebersihan)...

        Masih teringat semasa saya menyertai Eksplorasi Kayak Unimap pada Nov tahun lepas dengan menyusuri sungai-sungai dari Kuala Nerang ke Alor Setar, Kedah. Pada hari pertama menyusuri sungai dari Kuala Nerang ke Lubuk Batu pencemaran sungai masih boleh ditoleransi kerana ianya tercemar dengan kelodak dan minyak diesel hasil kerja-kerja pengorekan pasir sahaja. Tetapi pada keesokan harinya, sungai yang menghubungkan Lubuk Batu dan Alor Setar sangat tercemar dengan sampah sarap sehingga masa yang diambil untuk melalui setiap kawasan sampah boleh mencecah 15-30 minit kerana laluan dilitupi sampah sarap!!!

Tahniah! Sungai paling tercemar di Malaysia adalah Sungai Juru, Penang. 


Sungai Pinang, Penang.
  

Sungai Tabuan, Sarawak.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih kurang ciri ketamadunan dari aspek ketinggian ilmu. Ya, masih cetek dengan ilmu kebersihan dan ilmu mencintai alam. Menurut kajian, 42 dari 50 sungai-sungai utama di Malaysia dilaporkan sedang mengalami kemusnahan ekologi!!! Ini menunjukkan sikap kebanyakan rakyat Malaysia masih rendah dari segi penjagaan sungai. Meraka langusng tidak prihatin dengan sungai yang mereka perlukan untuk kegunaan harian. Tapi apabila takrif air dinaikkan mereka tanpa segan silu naik membantah tanpa menyedari merekalah punca kenaikkan kos proses merawat air sungai yang kian tercemar.

Sungai di Gangsu, China.


Bukan sahaja di Malaysia, di negara-negara lain di asia ini juga mengalami masaalah yang sama, malah ada jauh lebih teruk dari Malaysia. Di Filipina sisa kumbahan domestik memenuhi 60-70% dari jumlah isipadu air Sungai Pasig. 52 dari 74 sungai yang diawasi di China dilaporkan mengalami pencemaran yang serius!


Jawa, Indonesia.

Di Sungai Citarum, Jawa Barat, Indonesia pula lagi menyedihkan keadaanya. Sungai ini pernah dilabel sebagai sungai paling tercemar didunia! Sungai yang berperanan sebagai sumber bekalan air untuk penduduk Jawa Barat juga berperanan sebagai penjana kuasa hidroelektrik kepada penduduk Bnadung dan Jakarta. Boleh dipanggil orang yang bertamadunkah mereka jika tinggal dengan sampah sarap dan menggunakan air dari sungai yang paling tercemar didunia??? Sehinggakan kos untuk memulihara sungai ini mencecah lebih RM 12 000 000 000. Tidak perlu kira berapa banyak kosong yang terdapat pada angka tersebut tetapi kita perlu fikirkan berapa ramai rakyat Indonesia yang boleh dikeluarkan dari kemiskinan dengan wang yang sebanyak itu.

India.

Venice, Italy.

Eroninya di negara-negara eropah. Sungai mereka sangat bersih sehingga boleh menjadi tarikan pelancong seperti di Venice, Itali. Walaupun sungainya dikelilingi petempatan dan bangunan komersial, tetapi kebersihanya masih terjaga dengan air sungainya yang jernih. Penduduk mereka sangat memelihara sungai-sungai mereka kerana mereka menganggap sungai itu nadi sesebuah bandar.


Metz, France.

Amsterdam, Holland.
Porto, Portugal.

Dimana letaknya kesedaran kita semua penduduk Asia yang terkenal dari aspek peradaban dan kesopanannya sesama manusia tetapi sangat rakus dengan alam semulajadi. Tidak sedarkah kita yang air mineral yang kita minum itu lebih mahal dari minyak petroleum yang kita selalu marah jika harganya dinaikkan. Jika petroleum dipanggil "emas hitam" pada masa kini, tidak mustahil suatu hari nanti kita gelar air semulajadi sebagai "berlian cair"!



No comments:

Post a Comment