Islam muncul di Semenanjung
Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu
daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam
berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan
umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang
muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan
kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah,
kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar
Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat
dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan
satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan
sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan
Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19
masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas
Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang
menyembah bumi.
·
Nabi Muhammad
s.a.w.
Semenanjung Arab sebelum
kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang
Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama
Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana
di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga
Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.
Nabi Muhammad s.a.w.
dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan
seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal
dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya
berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.
Baginda tidak menggemari
suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang
tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam
bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua
Hira’. Sehinggala ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun,
baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika
baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya
dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda
dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak
daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad
s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam
tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota
Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di
bawah penguasaan orang Islam.
·
Perkembangan
Islam
Secara umumnya Sejarah Islam
selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh
dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki
Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan
Khulafa al-Rasyidin.
1. Khulafa al-Rasyidin
* 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar
dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen
menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
* 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
* 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar
Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan
jajahan Islam di Tanah Parsi
* 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
* 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
* 637M- Mesir ditawan.
* 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
* 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling
Islam.
* 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina
Uthman Affan menjadi khalifah.
* 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
* 646M- Kempen menentang Byzantine.
* 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan &
diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut
Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
* 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina
Uthman.
* 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali
Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
* 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan
daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
* 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman
daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
* 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan
Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat
sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
* 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan
memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan
di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu
pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian
menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan
pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima
secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan
diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal
dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat
Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian
dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian
pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari
Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam
selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.
2. Kerajaan Bani Ummaiyyah
* 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan
Kerajaan Bani Ummaiyyah.
* 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
* 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas
Constantinople.
* 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta.
Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
* 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab
sebagai bahasa rasmi kerajaan.
* 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
* 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
* 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan
Transoxiana.
* 713M- Penaklukan Multan.
* 716M- Serangan ke atas Constantinople.
* 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan
yang hebat dijalankan.
* 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
* 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq
ditangan tentera Abbasiyyah.
* 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah.
Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
3. Kerajaan Bani Abbasiyyah
* 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
* 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu
Muslim.
* 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani
[[Ummaiyyah Sepanyol.
* 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera
Abbasiyyah di Sepanyol.
* 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
* 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
* 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh
Al-Khawarizmi.
* 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau
Rhodes dan Cyprus.
* 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik
menjadi khalifah.
* 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma’mun.
Al-Amin terbunuh dan Al-Ma’mun menjadi khalifah.
* 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
* 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
* 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk.
Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila
tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
* 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
* 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim
di sana tamat.
* 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
* 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka
membunuh semua penduduknya.
* 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera
Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
* 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis
daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
* 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
* 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
* 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan
Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan
Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
* 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir
(merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah)
pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam
pertempuran di Ain Jalut.
4. Empayar Turki Uthmaniyyah
* 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap
secara tetap di Asia Kecil.
* 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah
Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
* 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan.
Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
* 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
* 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di
Kosovo.
* 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan
tentera Uthmaniyyah di Ankara.
* 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
* 1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam
pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
* 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi
sultan.
* 1526M- Perang Mohacs
* 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
* 1571M- Perang Lepanto berlaku.
* 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
* 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali
kedua.
* 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
* 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed
III.
* 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
* 1792M- Perjanjian Jassy.
* 1793M- Sultan Selim III mengumumkan “Pentadbiran Baru”.
* 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
* 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia
pertama.
* 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia
kedua.
* 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
* 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari.
Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
* 1829M- Perjanjian Adrianople.
* 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
* 1841M- Konvensyen Selat.
* 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
* 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
* 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
* 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi
kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
* 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih
dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan.
Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
* 1912M- Perang Balkan pertama.
* 1913M- Perang Balkan kedua.
* 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I
sebagai sekutu kuasa tengah.
* 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
* 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki
diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
* 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya
pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
credit to: http://jalanakhirat.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment