![]() |
“...Menurut Tome Pires dari segi efisiensi jong
Melayu adalah
lebih baik daripada mana-mana kapal yang wujud pada abad ke 15...” (Ada nampak macam jong dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa tak? =D) |
Sejak Abdullah Munsyi seorang kerani Melayu keturunan mamak dan Arab menulis mengenai bangsa ini, besar sungguh inferiority complex yang dialami mereka. Bangsa ini dicemuh sebagai sebuah bangsa yang pemalas dan tak kenal dek untung. Sehingga kini kita tidak mengetahui apakah niat sebenar Abdullah Munsyi membuka pekung didada yang mungkin tidak wujud atau hanya wujud dalam sebahagian kecil masyarakat Melayu sahaja. Ada pihak berpendapat mereka melontarkan tohmahan dan cabaran bertujuan sebagai kritikan membina, namun pada pendapat saya ianya langsung tidak dapat membina keperibadian bagi masyarakat Melayu kemudiannya malah melemahkannya sehingga ke tahap- yang paling dasar. Mungkin Abdullah merasa lebih superior kerana mendapat tempat didalam masyarakat penjajah kolonial dan menjadi orang kepercayaan mereka. Mungkin juga kerana beliau tidak pernah mengaggap diri beliau sebagai Melayu sebabnya dia bukan keturunan Melayu tulin dan hanya menjadi Melayu kerana tinggal dikawasan orang Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Pendapat yang mengatakan bahawa
ianya hanyalah kritikan atau motivasi yang membangun, bagi saya adalah sesuatu
yang kurang berasas. Jika bangsa-bangsa lain sebagai contohnya bangsa cina,
mereka tidak akan sesekali merendah-rendahkan martabat dan cara hidup bangsa
mereka di hadapan bangsa lain apatah lagi bangsa barat yang dianggap mereka
sebagai orang gasar yang kurang bertamadun tidak seperti orang-orang timur.
Begitu juga dengan bangsa India, Jepun dan Korea. Mereka seboleh-bolehnya mahu
menonjolkan semua unsur-unsur positif sahaja mengenai bangsa mereka kepada
bangsa lain dan menutup segala kelemahan walaupun ianya ternyata wujud.
Semangat patriotism seperti inilah yang telah membangkitkan alter bagi
bangsa-bangsa mereka sehinggakan bangsa mereka boleh menjadi salah satu bangsa
yang disegani dunia sehingga sekarang.
Ada juga pihak yang menuduh
bangsa yang satu ini adalah bangsa yang penakut dan tidak sukakan cabaran!
Apa?...PENAKUT? oh tidak, tidak sama sekali! Bangsa Melayu ini sejak ribuan
tahun adalah diantara bangsa yang sangat pemberani sifatnya. Sifat kebenarian
orang Melayu boleh dilihat sepanjang lembaran sejarahnya. Sejak kemasukan Islam
ke Nusantara orang Melayu telah diperkenalkan dengan konsep kehidupan akhirat
yang kekal abadi dan mati shahid, maka sifat berani untuk mati itu menjadi
semakin tebal dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu berani mati namun bukan
mati sia-sia atau mati katak sebaliknya mati dalam keadilan dan mati yang
bermanfaat. Hal ini dapat dilihat dengan memerhatikan adat orang dulu-dulu yang
suka menghantar anak-anak mereka belajar silat. Apabila anak itu diserahkan
kepada guru silat akan disertakan sekali dengan kain putih sehelai yang
melambangkan kain kafannya, sintok dan limau nipis untuk memandikan jasadnya
dan ayam putih untk kenduri arwahnya. Orang tua dahulu tahu risikonya amat
besar apabila menyerahkan anak untuk belajar silat pada zaman dahulu kerana
dahulu silat tidak diajar secara olok-olok dan senjatanya juga adalah senjata
tajam yang betul.
Semangat keberanian orang
Melayu jugalah yang telah menyebabkan mereka bisa menyebar keseluruh kepulauan
Nusantara dan membina tamadun yang gah suatu ketika dahulu. Sejarah telah
mencatatkan bahawa kegiatan perdagangan yang ulung di rantau ini telah bermula
sejak 200 tahun sebelum masihi lagi iaitu dimasa kegemilangan empayar Rom di
Barat dan Dinasti Han di China. Pada peringkat awalnya kapal-kapal dagang cina
dan India tidak mampu menempuh badai lautan yang begitu hebat bagi mereka.
Mereka hanya mengemudi kapal-kapal mereka di pesisran pantai mengelilingi
benua-benua sehingga sampai ke destinasi. Mereka juga tidak berani menempuh
laut cina selatan yang sentiasa bergelora dan juga takut untuk merentasi
Temasik dan selat Melaka. Sesetengah ahli sejarah berpendapat mereka pada
awalnya amat takut untuk melepasi selat Melaka untuk terus ke India kerana
kuatir diserang lanun-lanun Melayu yang amat banyak ketika itu. Jadi mereka
hanya membataskan jalan perdagangan mereka di Vietnam, Thailand dan Segenting
Kra sahaja. Namun alasan yang lebih munasabah ialah mereka takut untuk
menempuhi geloran di musim-musim monsoon dan tambahan lagi mereka pada ketika
itu masih tidak mempunyai teknologi perkapalan yang dapat mengatasi masalah
tersebut.
Kedudukan ini mula berubah
apabila para pedagang Melayu mula memasuki era perdagangan antarabangsa pada
zaman kegemilangan empayar Funan sekitar abad ke 4 masihi. Para pedagang Melayu
ini mempunyai sejenis kapal layar yang dipanggil Jong dan membawa muatan rempah
ratus yang belum pernah dimiliki oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Rempah
tersebut adalah seperti buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan buah pala.
Selain itu orang Melayu juga memperkenalkan kapur barus dan kayu gaharu yang
sangat tinggi nilainya. Disinilah teknologi maritim orang Melayu telah membawa
kemakmuran terhadap bangsanya sehingga terdirinya empayar Srivijaya dan
seterusnya empayar Melaka.
Pelayar-pelayar Melayu disebut
oleh ahli-ahli sejarah sebagai skilled navigators yang mampu merentas lautan
tanpa menggunakan kompas dan peta. Mereka hanya menggunakan angin dan bintang
sebagai panduan. Mereka membaca cuaca dengan meneliti bentuk awan dan warna
langit, air dan alun serta riak ombak. Melalui pemerhatian terhadap burung dan
alun laut mereka dikatakan dapat mengetahui kedudukan sesebuah daratan dari
jarak 30 batu dari laut! Jong-jong Melayu pula diperbuat daripada kayu keras
dan tidak menggunakan paku. Papan dan kayu diikat menggunakan penyambung kayu
dan jika perlu rotan dan akar yang tahan akan digunakan. Jong-jong ini
dilengkapi dengan empat layar dan dua kemudi. Setiap jong juga boleh memuatkan
barangan seberat 500 hingga 1000 tan melebihi keupayaan mana-mana kapal layar
pada masa itu. Menurut Tome Pires dari segi efisiensi jong Melayu adalah lebih
baik daripada mana-mana kapal yang wujud pada abad ke 15. Keunikan jong Melayu
yang membezakannya dengan kapal-kapal lain ialah semenjak beberapa abad sebelum
masihi sehingga 4 masihi adalah kebolehannya meredah angin dan justeru itu
meneroka lautan yang luas dan dalam.
Setelah melihat kehebatan
jong-jong Melayu ini selama berabad-abad berniaga, bangsa-bangsa pedagang lain
seperti India, china, Arab sehingga sepanyol dan portugis mula meniru teknologi
yang dipakai oleh orang Melayu. Teknologi unik yang membolehkan orang Melayu
meredah badai ini adalah layar yang berbentuk empat segi yang dipasang satu
didepan dan satu di buritan jong. Layar ini dicondongkan ke bawah dan boleh
pula dipusing-pusingkan ke kiri atau ke kanan. Layar istimewa ini membolehkan
jong Melayu meredah dan menentang badai dengan mudah dengan cara
menghadapkannya di bahagian hadapan kepada tiupan angin secara menyerong. Layar
empat segi di belakang dipusingkan untuk memerangkap angin tadi supaya ianya
bertiup secara terlencong ke hadapan menolak layar-layar di tengah melawan
badai. Justeru jong dapat bergerak kehadapan secara menyerong. Dengan
memanipulasikan layar empat segi secara menggilirkan pusingannya maka jong
dapat berlayar terus menerkam menentang tupan angina dan badai mengikut laluan
zig-zag. Dengan menggunakan layar ini para pelayar Melayu mempunyai banyak
competitive advantage untuk berdepan dengan pedagang lain. Mereka boleh ke
China, India, yaman, malahan mungkin Madagaskar dan Mesir pada bila-bila masa
mereka suka tanpa menunggu tiupan angin yang sesuai.
Pebaggunaan teknologi ini
bertahan ditangan orang Melayu sehingga abad ke 1 sebelum masihi dimana para
pelayar Arab yang berdagang sekitar lautan Hindi mula menirunya. Pada abad
ketiga selepas masihi pelayar Arab mula menggunakannya di lautan meditranien.
Iainya kemudian ditiru oleh pelayar portugis pada abad ke 15 masihi. Dengan menggunakan
teknologi inilah kapal-kapal portugis dapat berlayar merentas badai sehingga ke
Melaka dan kemudian menemui New World di Amerika. Satu lagi teknologi ciptaan
Melayu ialah outrigger yang menjadi pengimbang untuk menstabilkan perahu induk.
Dengan perahu yang menggunakan outrigger ini orang Melayu berhijrah 3000 batu
ke barat menduduki pulau madagaskar dan berbelas batu ke selatan menduduki
pulau-pulau pasifik semenjak millenium sebelum masihi. Pendek kata sifat berani
orang Melayu telah wujud sejak 5000 tahun sebelum masihi lagi!
![]() |
KAPAL LANCANG KUNING YANG MERUPAKAN KEHEBATAN
TEKNOLOGI MELAYU YANG DIKAGUMI BARAT ... |
Menurut catatan fa xian iaitu
seorang sami buddha dari China yang berjalan ke India menggunakan jalan daratan
gunung dan balik semula ke China menggunakan jalan laut dengan mengguanakan
kapal Melayu. Beliau menyatakan bahawa orang-orang yang boleh menerkam badai
adalah lebih hebat daripada org yang mendaki puncak gunung. Pada tahun 399
masihi fa xian yang berumur 65 tahun berangkat dari Changan menuju ke utara
India untuk bertapa dan menuntut ilmu. Beliau memilih jalan darat yang
membawanya merempuh padang pasir, memanjat gunung karakoram, meniti lerengan
setinggi 8000 kaki dimana udaranya kurang oksigen dan menyusahkan usaha
menngangkat kaki. Selepas bertapa dan berguru di India selama 15 tahun akhirnya
beliau kembali ke China pada tahun 415 masihi. Beliau tidak lagi berani
mengambil laluan yang sama dijalaninya kerana pengalamannya yang terlalu ngeri.
Dari utara India beliau tururn
ke Sri Lanka menaiki kapal pedagang Melayu bersama 200 penumpang lain menuju
kepulauuan Melayu. Apa yang dialaminya adalah lebih mengerikan daripada masa
perjalanannya ke India melalui daratan dahulu. Kapal ini menurutnya tidak
menyusuri pantai seperti kapal-kapal lain tetapi ia merentas lautan Hindi
menuju ke Aceh dan seterusnya ke selat Melaka. Dua hari berlayar fa xian menceritakan ribut besar telah
melanda lautan. Ribut ini berterusan selama 13 hari menyebabkan berlakunya
kerosakan besar kepada kapal. Anak-anak kapal membaikinya di sebuah pulau dan
mereka meneruskan perjalanan ke selat Melaka. Pengalaman fa xian di lautan
Hindi selama 13 hari ini diikuti pula dengan dilanda taufan dari laut china
selatan.
Lebih dasyat lagi bahana taufan
ini sehingga kapalnya sesat selama 70 hari di laut sebelum beliau sampai balik
ke kampong halamannya. Riwayat fa xian ini membuktikan bahawa sejak zaman
Srivijaya lagi para pelaut Melayu telah menemukan jalan pintas yang merbahaya
kepada kapal-kapal bangsa lain. Jalan-jalan ini adalah jalan kurus yang
merentas lautan dalam. Hanya keberanian mereka sahaja yang membolehkan mereka
menerokainya. Penggunaan jalan pintas ini membolehkan jong-jong mereka
menjimatkan masa perjalanan dalam perdangangan antarabangsa diantara timur
dengan barat. Justeru itu sebelum kewujudan Melaka lagi Srivijaya telah menjadi
pusat entreport yang terulung selama enam abad.
Rumusannya keberanian bangsa
Melayu menghadapi badai inilah maka terhasilnya teknologi pelayaran yang
membolehkan mereka berlayar jauh dan menerkam badai. Mereka melihat badai
sebagai sebuah halangan yang mengancam cita-cita mereka dan harus ditempuhi.
Sekian. Wallah hu a’lam.
By:
Alter Terahsia Bangsa Melayu...
Edited
by: Assingment TITAS...
No comments:
Post a Comment