MUHASABAH BANGSA
Dari mana asal usulnya
Dari Funan ada datangnya
Dataran China kata sebahagiannya
Rupa mirip sedemikian parasnya
Orang Melayu diberi nama
Dikepulauan Riau, Sumatera dan Jawa
Ada juga di Filipina dan di Singapura
Di Madagascar dan di Sri Lanka pun dikata ada
Walau apa pun asal keturunannya
Yang pasti moyangnya Adam dan Hawa
Terbukti sudah dalam penyelidikan yang ada
Keturunan Melayu di mana asal mulanya
Yang di Semenanjung Melayu dikenal sudah
Orang Melayu agak terserlah
Bersikap pasifis dan mengambil mudah
Sebegitu katanya cendekiawan penjajah
Dari Parameswara catatan sejarah
Detik bermula cerita digubah
Epik terkenal dengan pahlawan Hang Tuah
Katanya Melayu tak hilang mudah
Sudah berlalu beratus tahun
Sebanyak mana pengalaman terhimpun
Orang Melayu dan mereka yang serumpun
Sebanyak manakah tercapai tamadun?
(kisah ini dipetik daripada buku Revolusi Mental)
Al-kisah pada suatu hari seekor serigala yang kurus dan
kelaparan bertemu dengan seekor anjing yang gemuk tembun. Serigala menceritakan
kepada anjing itu segala derita dan keperitan hidupnya dalam mencari makanan.
Mendengar kisah sedih itu, anjing tersebut
mempelawa serigala itu untuk hidup bersamanya supaya boleh mendapat
makanan dengan mudah dan mewah daripada tuannya. Serigala bersetuju dengan
ajakan ini. Sedang mereka berjalan menuju ke rumah tuan anjing itu, serigala
ternampak rantai di leher anjing dan bertanya apa kegunaan rantai itu. Sang
anjing menjawab bahawa pada malam hari ia akan dirantai dekat pintu rumah untuk
menjaga rumah tuannya. Mendengar kata-kata anjing itu, serigala pun mengucapkan
selamat tinggal kepada anjing itu sambil berkata, “biarlah aku hidup miskin dan kelaparan asalkan aku tidak dirantai dan
hidup bebas.”
Muhasabah Bangsa, Puisi Cetusan Rasa, Sempena 50 Tahun
Merdeka oleh Rahmah Mohd Rashid dan Ghafarullahhuddin Din
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UITM 2007
No comments:
Post a Comment